Ahad, 26 Julai 2009

sayangnya.............

Seminggu sekali kalau hari tak hujan, saya selalu bersiar-siar di belakang rumah saya ini. Suami pula jogging (bukan saya taknak jogging, belum beli kasut lagi). Apa yang saya benci bila nak melintas melalui taman permainan menuju ketebing laut, saya terpaksa mengelakkan kaki seluar daripada rumput kemuncup.

Setiap kali lalu di sini, jarang saya tengok pihak tertentu memotong rumput yang dah nak sama tinggi dengan saya. Sayang...............pemandangan sekitar cantik, nyaman, segar.......tapi rumput pula tak ditebas. Ada juga saya lihat setengah penduduk yang rumahnya bertentangan dengan laut, memotong sendiri rumput walaupun bukan kawasan rumah mereka. Bagus tindakan mereka ni tapi takkan setiap bulan begitu. Mana pergi pihak2 yang sepatutnya?


Sepanjang jalan di celah2 batu, banyak saya lihat sampah plastik, botol minuman dan alas duduk mereka yang tak bertanggungjawab. Tak sayang ke mereka dengan alam sekitar kita ini? Bagaimana jika plastik2 ini di bawa hanyut kelaut dan merosakkan hidupan di dalamnya?


Sayang rasanya jika keindahan seperti ini dicemari oleh mereka yang tak perihatin dengan alam sekitar. Apa akan jadi kemudian hari? Saya harap ianya akan berubah. Segalanya berpunca dari rumah. Jika anak2 kita di didik dengan disiplin, insyaAllah semuanya berjalan lancar.



Celahan batu begini yang selalu di selitkan sampah makanan kerana tiada disediakan tong sampah berdekatan. Tapi bagi saya, walaupun tiada tong, berbagai cara kita boleh buat agar tidak merosakkan alam sekitar kita.





1 ulasan:

Unknown berkata...

Masyarakat kita sangat tidak peka ..atau tidak ada attitud ingin menjaga kebersihan..
yg tau kawasan sendiri..je.. yg lain buat do no..