Khamis, 13 Ogos 2009

TOMMY dah pergi.......

Heboh orang memperkatakan pemergian Ustaz Asri Rabbani yang katanya meninggal kerana lemah jantung. Takziah untuk keluarga arwah dan alFatihah dari saya sekeluarga. Dalam minggu yang sama juga, saya kehilangan Tommy saya yang di kasihi.

Emak di kampung talipon mengatakan berita sedih yang Tommy dah pergi kerana sakit berkelahi dengan kucing kampung. Terkejut saya dapat berita ni kerana baru beberapa hari lepas saya ada sebut nama dia, harap2 dapat jumpa bila balik raya puasa nanti. Rupanya tak kesampaian juga hasrat saya nak tengok dia samada dia masih ingat dengan tuan dia atau tidak.

Umur Tommy lebih kurang 6 tahun kalau tak silap saya. Saya ambil dia dari rumah kakak ketika dia berusia lebih kurang 2 atau 3 bulan. Dia ada tiga beradik. Baru2 ni Kembang yang kakak saya bela pun baru je meninggal, kena langgar kereta rasanya. Kakak kata dia menangis beberapa hari kerana terlampau sedih. Saya juga pasti menangis sekiranya saat kematian dia saya ada di sana.

Walaupun Tommy seekor kucing yang garang dan boleh dikatakan pantang di cuit, saya tetap kasih dan sayangkan dia. Dia tetap di hati saya selamanya...........

5 ulasan:

razifembi berkata...

Umur kucing biasanya berapa lama ye ...

tak pernah tahu plak...

apa pun kalau dah lama dengan kita..pasti kita akan rasa sayang ...

Unknown berkata...

org kata.....paling lama 5 atau 6 tahun tapi kucing kakak akak dah 8 thn, panjang nyawa dia, sihat plak tu....

bukan je sayang....dah anggap mcm anak sendiri, sedih la...

Nas berkata...

sedihnyer dia da meninggal...tapi ader kucing berusia 10 tahun taw...masih sihat walafiat agy..
ehehhehee....
xde gambar tommy ker?

Unknown berkata...

hyeee~~~
sy blogger bru..
free2 nnti singgah blog sy k~

Nas berkata...

xde entri baru ke? hu3