Khamis, 9 Julai 2009

Kenangan manis...

Lama aku tak update blog ni........takde idea pula.....tapi bila ku belek album lama2 (masa pindah rumah) terjumpa la album semasa bujang2 dulu. Setiap keping gambar tu terpahat memori indah bersama kawan2 kerja.


Foto yg ku scan ni di ambil oleh jurugambar kat tempat kerja ku. Lupa nama dia......rupa.... masih ku ingat. Orangnya mulut becok, kulit putih dan agak gempal. Cantik gambar2 yang dia snap dan kami yang ikut rombongan tu takyah susah2 ambik gambar. Sebab si jurufoto ni dah sediakan pakej satu album, tinggal bayar je kat dia.


Ketika ni, aku pergi bercuti 3 hari 4 malam di Danau Toba, Medan. Aku rasa dalam banyak2 tempat menarik yang aku sampai, kat sini la yang paling aku suka. Suasana yang sejuk, nyaman, pemandangan indah dan tiada kesibukan lalu lintas. Makanan pun tak jauh beza dengan tempat kita. Dari Medan kami dibawa menaiki bas persiaran (kalau tak silap 3 jam lebih utk sampai ke Danau......aku ingat2 lupa la..)


Mata ku tak dapat tidur kerana bas melalui tebing2 yang tinggi. Member sebelah ku pula (Ina) tak henti2 bersembang, maklum le.....masa kerja, kami jarang jumpa. Bila sekali sekala jumpa, macam baru kenal pula. Dia ni pun suka melancong sama macam hobi aku.

Gambar ni aku lupa di mana sebab dah lama sangat. Kalau tak silap, dalam perjalanan ke Danau rasanya. Banyak sangat tempat yang aku lawati sampai aku pun dah lupa nama2 tempat. Nanti ada masa aku scan lagi gambar2 lain.

2 ulasan:

razifembi berkata...

Macam kawasan di Lake Toba ... kawasan berbukit ...

Sejuk dan mendamaikan . . . cuma kadang-kadang resah bila ternampak orang-orang Batak ...

teringat papan tanda " Babi Panggang " sepanjang-panjang jalan ke Tasik Toba...

kembang tekak ..hihhi

Unknown berkata...

ada lagi gambar2 yg cantik, nanti akak scan....

saje nak mengimbau kenangan lalu..