Ahad, 26 Julai 2009

sayangnya.............

Seminggu sekali kalau hari tak hujan, saya selalu bersiar-siar di belakang rumah saya ini. Suami pula jogging (bukan saya taknak jogging, belum beli kasut lagi). Apa yang saya benci bila nak melintas melalui taman permainan menuju ketebing laut, saya terpaksa mengelakkan kaki seluar daripada rumput kemuncup.

Setiap kali lalu di sini, jarang saya tengok pihak tertentu memotong rumput yang dah nak sama tinggi dengan saya. Sayang...............pemandangan sekitar cantik, nyaman, segar.......tapi rumput pula tak ditebas. Ada juga saya lihat setengah penduduk yang rumahnya bertentangan dengan laut, memotong sendiri rumput walaupun bukan kawasan rumah mereka. Bagus tindakan mereka ni tapi takkan setiap bulan begitu. Mana pergi pihak2 yang sepatutnya?


Sepanjang jalan di celah2 batu, banyak saya lihat sampah plastik, botol minuman dan alas duduk mereka yang tak bertanggungjawab. Tak sayang ke mereka dengan alam sekitar kita ini? Bagaimana jika plastik2 ini di bawa hanyut kelaut dan merosakkan hidupan di dalamnya?


Sayang rasanya jika keindahan seperti ini dicemari oleh mereka yang tak perihatin dengan alam sekitar. Apa akan jadi kemudian hari? Saya harap ianya akan berubah. Segalanya berpunca dari rumah. Jika anak2 kita di didik dengan disiplin, insyaAllah semuanya berjalan lancar.



Celahan batu begini yang selalu di selitkan sampah makanan kerana tiada disediakan tong sampah berdekatan. Tapi bagi saya, walaupun tiada tong, berbagai cara kita boleh buat agar tidak merosakkan alam sekitar kita.





Sabtu, 25 Julai 2009

Tak jemu memandang

Gambar ni diambil ketika matahari hampir terbenam. Saya suka gambar2 begini dan takkan lepaskan peluang. Sampai suami saya pun geleng kepala, tak habis-habis bergambar, tak jemu ke katanya. Kalau saya suka, saya tak peduli orang kata apa. Saya tak malu pun. Bukan buat salah.........mengabdikan keindahan alam ciptaan yang Maha Esa.

Ini pula ketika saya melepak dengan suami dipinggir bandar Kota Kinabalu. Waktu pagi........kebetulan kamera ada di tangan saya. Masa tu nak sarapan pagi di restoran, tapi tak buka lagi. Sementara tu saya dan suami hirup udara pagi yang nyaman di sini. Kekadang tak 'nyaman' juga udaranya........maklum la......di kawasan bandar ni dah tentu banyak kenderaan. Bila ada kenderaan, tentulah ada asapnya.

Ketika di Ranau, tenang dan nyaman, jam lebih kurang pukul 8.30 pagi. Saat beginilah sepatutnya kita keluar beriadah menyedut udara pagi dan disinari cahaya matahari yang tidak memeritkan kulit. Tapi lumrah manusia (termasuk saya) tak suka kena cahaya matahari, alasannya.......silau mata la.....nanti kulit hitam la....panas la dan berbagai alasan.


Gambar ni juga di Ranau. Paling saya suka (sebab saya yang ambil) gambar ni. Kehijauan pohon yang masih belum tercemar oleh pembangunan. Tak seperti di tempat saya (Selangor) susah nak cari pemandangan macam ni.



Khamis, 9 Julai 2009

Kenangan manis...

Lama aku tak update blog ni........takde idea pula.....tapi bila ku belek album lama2 (masa pindah rumah) terjumpa la album semasa bujang2 dulu. Setiap keping gambar tu terpahat memori indah bersama kawan2 kerja.


Foto yg ku scan ni di ambil oleh jurugambar kat tempat kerja ku. Lupa nama dia......rupa.... masih ku ingat. Orangnya mulut becok, kulit putih dan agak gempal. Cantik gambar2 yang dia snap dan kami yang ikut rombongan tu takyah susah2 ambik gambar. Sebab si jurufoto ni dah sediakan pakej satu album, tinggal bayar je kat dia.


Ketika ni, aku pergi bercuti 3 hari 4 malam di Danau Toba, Medan. Aku rasa dalam banyak2 tempat menarik yang aku sampai, kat sini la yang paling aku suka. Suasana yang sejuk, nyaman, pemandangan indah dan tiada kesibukan lalu lintas. Makanan pun tak jauh beza dengan tempat kita. Dari Medan kami dibawa menaiki bas persiaran (kalau tak silap 3 jam lebih utk sampai ke Danau......aku ingat2 lupa la..)


Mata ku tak dapat tidur kerana bas melalui tebing2 yang tinggi. Member sebelah ku pula (Ina) tak henti2 bersembang, maklum le.....masa kerja, kami jarang jumpa. Bila sekali sekala jumpa, macam baru kenal pula. Dia ni pun suka melancong sama macam hobi aku.

Gambar ni aku lupa di mana sebab dah lama sangat. Kalau tak silap, dalam perjalanan ke Danau rasanya. Banyak sangat tempat yang aku lawati sampai aku pun dah lupa nama2 tempat. Nanti ada masa aku scan lagi gambar2 lain.